PRESS RELEASE

Headlines
KADAR BARU BAYARAN TOL BERKUAT KUASA HARI INI
Date Announced
Harian Metro page 28, 1st January 2007, Monday
 

MELAKA: 
Pelaksanaan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Kelang antara 20 hingga 60 peratus berkuatkuasa jam 6 pagi tadi. 

Menteri Kerja Raya , Datuk Seri S Samy Vellu , berkata tidak ada sebarang perubahan terhadap kenaikan kadar tol lebuhraya terbabit , sebagaimana yang beliau umumkan pada 14 Disember lalu . 

“Pada jam 6 pagi esok ( hari ini ), tol akan naik. Lima syarikat ( konsesi ) yang saya umumkan dua minggu lalu akan naikkan tol,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 550 mangsa banjir di Bukit Beruang dekat sini, semalam.

Lebuhraya terbabit ialah lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL- Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Ditanya tindakan DAP yang mencabar kerajaan membeli lima syarikat konsesi terbabit , Samy Vellu berkata “ kita boleh beli, dia bayarlah .”



Print | Press Releases Listing
Corporate News