MELAKA:
Pelaksanaan kenaikan kadar tol di
lima lebuh raya sekitar Lembah Kelang
antara 20 hingga 60 peratus berkuatkuasa
jam 6 pagi tadi.
Menteri Kerja Raya , Datuk Seri S
Samy Vellu , berkata tidak ada sebarang
perubahan terhadap kenaikan kadar
tol lebuhraya terbabit , sebagaimana
yang beliau umumkan pada 14 Disember
lalu .
“Pada jam 6 pagi esok ( hari ini ),
tol akan naik. Lima syarikat ( konsesi
) yang saya umumkan dua minggu lalu
akan naikkan tol,” katanya selepas
menyampaikan bantuan kepada 550 mangsa
banjir di Bukit Beruang dekat sini,
semalam.
Lebuhraya terbabit ialah lebuhraya
Damansara-Puchong, Lebuhraya Shah
Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya
KL- Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.
Ditanya tindakan DAP yang mencabar
kerajaan membeli lima syarikat konsesi
terbabit , Samy Vellu berkata “ kita
boleh beli, dia bayarlah .”